Pelajar wanita warga asing ditemukan mati di kondominium, polis tahan seorang lelaki

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.03 pagi.

Katanya, sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian menemukan mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Petaling Jaya, berusia lingkungan 20-an.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tangkapan telah dilakukan terhadap seorang lelaki warga asing berumur anggaran 20-an di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian turut merampas beberapa barang kes dipercayai boleh membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan esok bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Surianti Lataera menerusi talian 013-3352547 atau hadir ke balai polis berhampiran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *