KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sini.
Pada 1 Jun lepas, Wan Ahmad Farid dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ bersempena dengan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.
Wan Ahmad Farid, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai tahun lepas.
Dalam hantaran berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L