KUALA LUMPUR – Solar District Cooling Group Berhad (SDCG), penyedia sistem pengurusan bangunan (BMS), sistem terma solar dan perkhidmatan penjimatan tenaga, akan kekal fokus untuk membina platform operasi yang lebih kukuh, memperkukuh pelaksanaan projek dan mengejar peluang pertumbuhan selaras dengan agenda peralihan tenaga Malaysia.
Pengarah Urusan SDCG, Edison Kong berkata, permintaan untuk kecekapan tenaga dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui terus disokong oleh dasar-dasar negara seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga.
Menurutnya dengan dengan keupayaan teras syarikat dalam BMS, sistem terma solar, perkhidmatan penjimatan tenaga dan penyelesaian PV solar, SDCG berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan struktur infrastruktur lestari di Malaysia.
Selain itu, perkongsian strategik SDCG dengan Solarvest Holdings Berhad dijangka terus menyokong akses Kumpulan kepada peluang tenaga hijau yang lebih luas dengan menggabungkan keupayaan BMS khusus SDCG dengan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui yang lebih luas.
“Kumpulan juga berhasrat untuk meningkatkan sistemnya melalui penyepaduan Internet of Things (IoT) dan keupayaan berasaskan awan, membolehkan pelanggan memantau penggunaan tenaga dan jejak karbon dengan lebih berkesan melalui analitik masa nyata,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena mesyuarat agung tahunan syarikat yang ketiga diadakan di sini semalam.
Pada mesyuarat tersebut, semua resolusi biasa yang dibentangkan telah diluluskan oleh para pemegang saham.
Antara resolusinya adalah pemegang saham meluluskan pembayaran yuran dan faedah pengarah yang perlu dibayar kepada Pengarah Bukan Eksekutif bagi tempoh dari 24 Jun 2026 sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang yang akan diadakan pada tahun 2027.
Pemegang saham juga meluluskan pelantikan semula Tetuan Reanda LLKG International PLT sebagai juruaudit syarikat untuk tahun berikutnya dan memberi kuasa kepada para pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka.
Mereka juga meluluskan kuasa untuk pengarah memperuntukkan dan menerbitkan saham menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016 yang mana mandat ini memberikan ssyarikat fleksibiliti untuk menerbitkan saham baharu sehingga 10 peratus daripada jumlah saham syarikat yang diterbitkan.
Namun ia tertakluk kepada semua kelulusan kawal selia yang berkaitan, untuk tujuan yang mungkin termasuk membiayai projek pelaburan semasa dan akan datang, keperluan modal kerja dan potensi pengambilalihan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L