UC TATI Rhino Sasar Kelompok Lima Terbaik Pasukan Ragbi Seluruh IPT

KEMAMAN – Skuad ragbi Kolej Universiti TATI berpangkalan di Kemaman, Terengganu kini giat mempersiapkan pasukan untuk kembali berentap dalam temasya dwitahunan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) edisi ketujuh yang akan membuka tirai Ogos ini.

Walaupun berdepan kekangan jadual semester pengajian baharu bermula, UC TATI Rhino yang kini dalam misi untuk memperbaiki rekod kekal gigih meneruskan program latihan di waktu luar kelas pengajian mereka.

Pengurus pasukan, Ahmad Farid Ridhwan Zakaria meletakkan sasaran awal untuk berada dalam kelompok lima terbaik dari keseluruhan 65 pasukan yang bertanding nanti.

Katanya, SUKIPT yang berlangsung dalam tempoh dwitahunan memberi tempoh masa yang baik untuk persediaan setiap pasukan bertanding.

“Namun, hakiki setiap pemain ini adalah pelajar yang perlu menghabiskan pengajian masing-masing, malah mereka ini bukanlah pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan berbanding IPT lain yang dibarisi pemain yang pernah beraksi di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Walaupun demikian, kami optimis untuk berada dalam kelompok lima terbaik pasukan di kalangan setiap pasukan bertanding,” ujar Ahmad Farid Ridhwan Zakaria selaku pengurus pasukan sejak 2016 bersama UC TATI Rhino.

Bagi kapten pasukan, Muhammad Daniell Aqtar Uzir yang membuat penampilan ketiga bersama pasukan untuk musim ini meletakkan harapan tinggi untuk menaiki podium SUKIPT 2026.

“Mungkin ini adalah penampilan terakhir saya bersama pasukan sejak 2026, memandangkan saya akan tamat pengajian tidak lama lagi.

“Saya amat berharap kami sama-sama dapat memperbaiki rekod pasukan, sekali gus sekurang-kurangnya menjadi sesuatu yang terbaik untuk saya meninggalkan pasukan ini nanti,” ujar kapten pasukan yang juga pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuteraan Elektrik di Kolej Universiti TATI ini.

Untuk rekod pada edisi lalu bagi acara ragbi tujuh sepasukan lelaki, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan rekod tanpa kalah muncul juara setelah menewaskan Universiti Teknologi MARA(UiTM) yang berkesudahan 21-00.

Edisi ketujuh bagi musim ini dijadualkan bermula pada 28 Ogos ini di Universiti Malaya (UM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan 65 kontijen yang terdiri institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *