Aktiviti Khidmat Masyarakat Tingkatkan Jati Diri UC TATI Rugby Club

KEMAMAN -UC TATI Rhino Rugby Club membuka kalendar pasukan musim ini dengan cara tersendiri melalui penglibatan aktiviti khidmat masyarakat bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri setiap pemain yang juga pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) berpangkalan dari Kemaman, Terengganu ini.

Usaha ini juga dilihat menjadi tambah nilai untuk merapatkan hubungan dan komunikasi bagi setiap pemegang taruh pasukan termasuk pengurusan hal ehwal pelajar IPT ini memandangkan semester pengajian yang baharu bermula April lalu.

“Satu permulaan yang baik untuk kelab ragbi ini dan juga satu permulaan baik bagi semester baharu untuk setiap pelajar dari kalangan kami ini. Kami tidak membezakan setiap pemain itu mengikut senioriti mahupun lain-lain status atau taraf, malah ada antaranya tidak pernah bermain ragbi juga kami amat mengalu-alukan sebagai ahli kelab untuk bermula mengenali sukan ini.

“Jadi, aktiviti mencuci kubur dan lain-lain khidmat sosial ini menjadi contoh kebersamaan kami,” kata Ammar Ashraf selaku pengarah program khidmat masyarakat yang juga pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Keselamatan Rangkaian di Kolej Universiti TATI ini.

Jelasnya lagi, bagi program khidmat masyarakat membersihkan tanah perkuburan ini juga merupakan jalinan kerjasama bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman selaku pemegang taruh komuniti setempat bagi sebarang program melibatkan belia dan sukarelawan.

UC TATI Rhino Rugby Club yang mempunyai 45 keahlian terdiri daripada barisan pemain termasuk pengurusan kini dalam persediaan ke pentas Sukan Institusi Pengajian Tinggi 2026 (SUKIPT 2026) bertempat di Universiti Malaya yang dijadualkan bermula pada Ogos ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *