Projek Naik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang Capai 83 Peratus, Dijangka Buka Penuh Ogos Ini

Oleh Fatin Sajidah Fathuldin

PASIR GUDANG – Projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83 peratus dengan 6.4 kilometer laluan telah dibuka untuk digunakan orang ramai.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek tersebut bermula dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting hingga ke Pasir Gudang itu merupakan usaha utama kerajaan negeri mengurangkan kesesakan trafik yang sekian lama menjadi rungutan pengguna jalan raya kawasan tersebut.

“Setakat ini, baki 3.6 kilometer laluan utama dijangka buka sepenuhnya menjelang Ogos tahun ini, manakala kerja-kerja akhir termasuk kemasan dan penyelarasan infrastruktur akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya pada November 2026,” katanya selepas meninjau perkembangan projek berkenaan.

Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau projek penambahbaikan Lampu Isyarat Pintar di persimpangan Taman Kota Puteri dan Taman Teluk Tropikana di Lebuhraya Permas–Pasir Gudang.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengoptimumkan sistem kawalan trafik khususnya untuk mengurangkan kesesakan serta memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar terutama pada waktu puncak,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri akan terus komited memperkukuh rangkaian jalan raya, mengurangkan kesesakan trafik serta meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan Bangsa Johor.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *