SAINGAN Kejuaraan Ragbi Piala Agong edisi ke-42 musim ini membuka tirainya Sabtu ini dengan pertemuan antara Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Astaka, Petaling Jaya.
Aksi pembukaan itu menyaksikan Terengganu turun sebagai pasukan pelawat dengan persiapan rapi bagi menghadapi cabaran pertama musim ini yang dijadualkan bermula jam 3.30 petang.
Ketua jurulatih Terengganu, Hafiizh Zainal yang merupakan bekas pemain kebangsaan menegaskan bahawa pasukannya tidak akan mengambil mudah cabaran Kuala Lumpur meskipun berhasrat untuk memulakan musim dengan kemenangan.
“Setiap pasukan mahu memulakan musim dengan kemenangan dan kami juga mempunyai sasaran yang sama walaupun beraksi di tempat lawan.

“Tiada masalah untuk bermain dalam hujan lebat, namun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, saya mahu pemain kekal fokus dan mengelakkan kesilapan mudah di atas padang,” katanya.
Menurut Hafiizh, yang pernah beraksi bersama Terengganu sebelum ini, setiap pasukan yang bertanding musim ini dijangka lebih bersedia berbanding musim lalu, sekali gus menjadikan saingan lebih kompetitif.
Beliau turut menegaskan bahawa Terengganu tidak sesekali akan memandang rendah mana-mana pasukan lawan dalam usaha memburu kejayaan musim ini.
Untuk rekod, pada musim lalu di peringkat kumpulan, Terengganu yang beraksi di laman sendiri mencatat kemenangan besar 49-11 ke atas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L