Hernandez bantu Inzaghi raih trofi pertama

JEDDAH, Arab Saudi – Jaringan Theo Hernandez pada masa kecederaan babak pertama membantu Al-Hilal bangkit menewaskan Al-Kholood 2-1 pada final Piala Raja Saudi, awal pagi tadi sekali gus menghadiahkan trofi pertama buat jurulatih Simone Inzaghi bersama kelab itu.

Al-Kholood terlebih dahulu berada di depan menerusi penyerang Argentina, Ramiro Enrique yang menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit keempat selepas melepasi penjaga gol, Yassine Bounou.

Al-Hilal menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat apabila Nasser Al-Dawsari meledak gol pada minit ke-42 sebelum Hernandez tampil bertenaga beberapa minit kemudian untuk melengkapkan kebangkitan pasukannya.

Skuad bimbingan Inzaghi kini kembali memberi tumpuan kepada Liga Pro Saudi ketika mereka menghuni tangga kedua, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Al-Nassr menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada Selasa ini, dengan Al-Hilal beraksi kurang satu perlawanan. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *