Isa Isarb dakwa ditahan enam hari di Indonesia, disyaki perisik Malaysia

SHAH ALAM – Pencipta kandungan digital, Isa Isarb mendakwa ditahan pihak berkuasa Indonesia ketika menjalankan penggambaran dokumentari mengenai isu jerebu dan kebakaran hutan di negara itu, sebelum disyaki sebagai perisik dari Malaysia.

Isa berkata, beliau bersama pasukannya pada awalnya memasuki Indonesia untuk menghasilkan dokumentari berkaitan jerebu, namun perjalanan mereka bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila terserempak dengan satu demonstrasi.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan menuju kawasan hutan yang terbakar, mereka melihat sekumpulan orang ramai berhimpun bagi menyertai demonstrasi sebelum mengambil keputusan singgah untuk menemubual beberapa individu.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila kira-kira 10 hingga 15 pegawai Indonesia menghampiri pasukannya dan mula mengemukakan soalan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Lebih mencurigakan, katanya, seorang pegawai memanggilnya dengan nama ‘Isa Batharul’, sedangkan beliau lebih dikenali sebagai Isa Isarb.

“Mendengar mereka menyebut nama itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang pelik sedang berlaku.

“Kami kemudian ditahan atas alasan menyalahgunakan visa pelancong kerana visa berkenaan tidak membenarkan kami menjalankan penggambaran atau berada di lokasi demonstrasi,” katanya dalam kenyataan.

Isa berkata, beliau dan pasukannya kemudian dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, termasuk diminta membuka telefon bimbit serta menjelaskan tujuan sebenar kunjungan mereka ke Indonesia.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau memaklumkan, mereka memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan sebelum diarahkan bermalam di lokap.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih serius pada keesokan harinya apabila beliau mendakwa dituduh sebagai perisik susulan penemuan perbualan telefon dengan beberapa ahli politik Malaysia.

Menurut Isa, komunikasi yang dipersoalkan itu sebenarnya berkaitan urusan jemputan temu bual bagi dokumentari jerebu yang sedang diusahakan pasukannya.

Antara individu yang dikaitkan dalam perbualan berkenaan ialah pasukan Timbalan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Katanya, jemputan ke Parlimen Malaysia pada minggu sama bagi menemubual seorang ahli Parlimen turut menimbulkan persoalan ketika sesi soal siasat.

Beliau menjelaskan, kunjungan itu semata-mata bertujuan mendapatkan temu bual bagi dokumentari berkenaan, selain lokasi tersebut dipilih bagi menyesuaikan dengan jadual padat individu terbabit.

Isa mendakwa, beliau bersama pasukannya melalui enam hari yang penuh tekanan apabila disoal siasat setiap hari sehingga menimbulkan ketakutan dan perasaan seolah-olah tiada jalan keluar.

Malah, beliau mengalami serangan panik selama beberapa malam, selain dibelenggu kerinduan terhadap isteri dan anak serta kebimbangan kemungkinan dikenakan hukuman di Indonesia.

Bagi mengurangkan tekanan, Isa berkata, beliau melukis wajah isteri dan anaknya pada dinding lokap menggunakan pin besi yang diperoleh daripada surat tahanan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur apabila hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Indonesia membantu melancarkan usaha membawa mereka pulang ke tanah air.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Indonesia atas layanan sepanjang siasatan serta kerajaan Malaysia yang memberikan bantuan ketika mereka berdepan kesukaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Isa berkata, dokumentari mengenai pengalaman dan isu jerebu itu dijadualkan disiarkan menerusi saluran YouTube Isa Isarb pada 16 November ini, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, beliau mahu berkongsi pengalaman tersebut secara lebih terperinci supaya dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

Bagaimanapun, beliau berharap kisah berkenaan tidak dimanipulasi sebagai bahan kempen atau kepentingan mana-mana pihak, khususnya menjelang hari pengundian PRN Melaka pada 14 November ini.

Beliau juga tidak mahu pendedahan itu mengalihkan perhatian daripada isu jerebu yang semakin mendapat perhatian di Indonesia.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *