Bunuh gadis – Dua suspek disambung reman

Mahkamah Majistret Kota Bharu, membenarkan permohonan sambung reman tujuh hari lagi terhadap dua remaja berusia 19 tahun dalam kes bunuh seorang pelajar kolej dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu, 1 Mei lalu.

Perintah sambung reman itu di keluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bermula hari ini hingga 14 Mei nanti.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Media sebelum ini melaporkan, seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan maut dengan 61 tikaman dan ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh, Kota Bharu, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan.

Sehubungan itu, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas direman bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Pasangan suami isteri berusia 66 tahun dan 60 tahun yang ditahan reman selama tiga hari bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada 3 Mei lalu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *