Kumpulan Nasyid MMRP Giat Jalani Latihan

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Kumpulan nasyid Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) giat menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi pertandingan peringkat negeri yang dijadual berlangsung Khamis ini.

Kumpulan yang dianggotai seramai 12 pelajar itu tidak jemu berlatih siang dan malam bagi memastikan persembahan terbaik dapat ditampilkan.

Mereka dibimbing oleh dua guru, Nasyimah Mohd Amin dan Syafiah Sauti.

Menurut Nasyimah, latihan yang telah berlangsung hampir sebulan menunjukkan peningkatan ketara dalam mutu persembahan kumpulan tersebut.

“Alhamdulillah, setakat ini gaya persembahan mereka semakin mantap dan memuaskan. Kami berharap kumpulan nasyid ini mampu meraih kejayaan dalam pertandingan nanti,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut memaklumkan, pemilihan Nur Iman Batrisyia Bukari sebagai penyanyi solo merupakan keputusan tepat berdasarkan kemerduan suaranya yang mampu memukau pendengar.

Dalam pertandingan itu nanti, Nur Iman dijangka membawakan dua lagu iaitu sebuah lagu Arab dan sebuah lagu Melayu berjudul ‘Bicara Tersusun, Keamanan Terjaga’.

Pertandingan tersebut dianjurkan Majlis Sukan dan Kegiatan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan (MASSAK)

Tambahnya, kesemua ahli kumpulan dilihat bersemangat tinggi dan memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang sesi latihan.

Pertandingan tersebut akan berlangsung di Dewan Besar, Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong, Kota Bharu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *