TOKYO – Seorang penyanyi di Jepun mencetuskan kontroversi selepas menawarkan interaksi luar biasa kepada peminat, termasuk membenarkan mereka menghidu dan mencium ketiaknya dalam satu sesi pertemuan.
Difahamkan, pendekatan itu diperkenalkan sebagai alternatif kepada interaksi biasa seperti berjabat tangan atau bergambar, sekali gus menarik perhatian ramai di media sosial.
Rakaman kejadian tersebut turut tular apabila seorang peminat dilihat menghidu ketiak penyanyi berkenaan dengan kebenaran sebelum berinteraksi secara santai.
Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang menganggapnya keterlaluan dan tidak sesuai.
Bagaimanapun, segelintir pihak melihatnya sebagai strategi unik bagi menarik perhatian serta mendekati peminat secara berbeza.
Setakat ini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh penyanyi berkenaan berhubung kontroversi tersebut.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L