KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh tiga individu, termasuk seorang wanita warga Vietnam dalam satu kejadian di sebuah restoran awal bulan ini.
Tertuduh berusia 71 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing di sebuah premis makanan di Taman Kota Jaya, kira-kira jam 9 pagi pada hari kejadian.
Prosiding mahkamah bagaimanapun tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan, memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan, tertakluk kepada keputusan mahkamah.
Mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan penuh forensik serta keputusan bedah siasat bagi melengkapkan siasatan.
Dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan penduduk setempat itu, ketiga-tiga mangsa ditemukan maut di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh oleh pihak berkuasa.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung insiden tersebut.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L