KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menilai semula keutamaan ekonomi negara susulan tekanan ekonomi global yang semakin meruncing akibat ketegangan geopolitik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun sebahagian tekanan ekonomi berada di luar kawalan, kerajaan perlu kekal tangkas, responsif dan berpandangan jauh dalam mengurus risiko jangka pendek serta merangka hala tuju jangka panjang.
Menurutnya, ketika ini kerajaan masih berupaya mengekang kenaikan harga bahan api domestik dengan mengekalkan harga RON95 antara yang terendah di dunia.
“Namun, langkah ini memerlukan komitmen fiskal yang besar dan perlu dinilai secara berhemah demi kelangsungan jangka sederhana dan panjang,” katanya ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11.
Beliau berkata, perkembangan semasa menuntut kerajaan memperkukuh keupayaan meramal dan mendepani risiko melalui pendekatan ekonomi yang lebih strategik dan berfokus.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan kepentingan perpaduan umat Islam dalam menghadapi ketidaktentuan global, selain menekankan prinsip keadilan dan nilai kemanusiaan dalam setiap dasar yang dilaksanakan.
Katanya, setiap langkah perlu menjurus kepada usaha menentang penindasan serta mempertahankan hak golongan yang dizalimi, khususnya rakyat Palestin.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L