Kesedaran Autisme Lonjak Empat Kali โ€“ Dr Dzulkefly

PUTRAJAYA – Kesedaran masyarakat terhadap autisme di negara ini menunjukkan peningkatan ketara dengan pendaftaran kad OKU melonjak hampir empat kali ganda sejak 2021, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, jumlah pendaftaran meningkat daripada kira-kira 23,000 kepada hampir 89,000 sehingga bulan ini.

Katanya, peningkatan itu mencerminkan tahap kesedaran ibu bapa yang lebih tinggi serta keberkesanan pengesanan awal dalam kalangan masyarakat.

โ€œAutisme bukan satu penyakit, sebaliknya spektrum perkembangan neurologi yang perlu difahami bagi menghapuskan stigma,โ€ katanya pada majlis Sambutan Bulan Kesedaran Autisme yang diraikan sebagai usaha berterusan meningkatkan kefahaman masyarakat.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

Menurut Dr. Dzulkefly, golongan autisme memiliki keupayaan unik dan berpotensi cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk sains, seni dan teknologi.

Dalam pada itu, kata beliau, sokongan kepada golongan berkenaan perlu berterusan dan tidak terhad kepada saringan awal sahaja.

Katanya, melalui Kertas Putih Kesihatan, pendekatan sepanjang hayat akan dilaksanakan merangkumi intervensi awal, rawatan susulan serta sokongan pembangunan kerjaya.

โ€œKKM akan terus memperkasa kemudahan sokongan termasuk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti serta memperluas akses pendidikan dan peluang pekerjaan yang inklusif,โ€ katanya.

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *