USIMPay Perkukuh Ekosistem Pembayaran Digital USIM

Oleh: Aina Farzana Azrul Anuar dan Nur Khadija Sulaiman

SEPANG – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperkenalkan USIMPay, platform pembayaran digital bersepadu yang dibangunkan bagi memudahkan urusan transaksi secara lebih pantas, selamat dan efisien sempena The 12th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference (iBAF 2026) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.

USIMPay dibangunkan menerusi inisiatif Payment Service Agent (PSA) Bank Islam Malaysia Berhad dengan kerjasama USIM PACE serta penglibatan kepakaran akademik daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) serta Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dalam bidang kewangan Islam, teknologi dan penyelesaian digital.

Berbeza daripada sistem yang hanya menumpukan pemprosesan transaksi, USIMPay membawa konsep payment ecosystem yang fleksibel bagi menyokong pelbagai model kutipan dan pembayaran serta boleh diintegrasikan dengan aplikasi dan sistem digital sedia ada.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Timbalan Pendaftar USIM PACE, Ashikin Abdullah berkata, USIMPay adalah projek PSA hasil kerjasama USIM dan Bank Islam yang membolehkan universiti bertindak sebagai penghubung antara peniaga dengan sistem transaksi serta mengurus transaksi kewangan melalui platform berkenaan.

“USIMPay adalah satu usaha dan inisiatif USIM dalam membangunkan sebuah platform bagi memudahkan transaksi antara peniaga dengan sistem tersebut,” katanya.

Projek dikendalikan oleh pensyarah FEM diketuai Profesor Madya Dr. Khairil Faizal Khairi bersama pasukannya itu menyasarkan peluasan penggunaan kepada lebih ramai peniaga di seluruh negara sebelum dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

Selain transaksi komersial, USIMPay turut berpotensi diterapkan dalam bidang kewangan Islam dan kewangan sosial Islam serta diperluas penggunaannya kepada institusi, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor lain yang mempunyai keperluan transaksi khusus.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani pula berkata, platform berkenaan dijangka memudahkan urusan transaksi dalam kalangan mahasiswa dan staf serta perlu terus diperkasakan supaya manfaatnya dapat diperluaskan.

“Dengan adanya USIMPay, ia akan memudahkan pelajar, staf dan juga transaksi, dan saya berharap inisiatif ini akan diteruskan serta diperkukuh supaya menjadi lebih baik dan mantap,” katanya.

Pengenalan USIMPay menerusi persidangan antarabangsa itu memperlihatkan usaha USIM menggabungkan kepakaran akademik, inovasi teknologi dan kerjasama industri dalam menghasilkan penyelesaian digital yang boleh diterjemahkan kepada penggunaan sebenar.

Pengembangan USIMPay dijangka memperkukuh ekosistem teknologi kewangan USIM, di samping membuka ruang kepada penyelesaian pembayaran lebih luas untuk sektor perniagaan dan komuniti, selaras dengan perkembangan ekonomi digital serta landskap kewangan Islam.

iBAF 2026 bertemakan “Future-Ready Islamic Accounting, Banking and Finance: Integrating Artificial Intelligence, Sustainability and Governance” menghimpunkan kira-kira 400 peserta dari beberapa negara seperti Morroco, Turkiye, Nigeria dan Arab Saudi.

Sebanyak 131 kertas kerja dibentangkan melibatkan beberapa institusi, antaranya Universitas Budi Luhur, UIMSYA Indonesia, UIN Cirebon, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), UNITAR International University dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majlis dirasmikan oleh Pro Canselor USIM, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *