WASHINGTON — Iran dilaporkan masih kekal berdaya tahan dan tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah kalah meskipun menanggung kerugian besar yang dianggarkan hampir RM1 trilion akibat konflik berterusan di Asia Barat.
Penganalisis keselamatan dari Israel, Danny Citrinowicz, berkata negara itu masih memiliki keupayaan untuk bertahan walaupun berdepan tekanan ketenteraan dan ekonomi yang semakin meningkat.
Menurut beliau, perkembangan semasa memperlihatkan Iran tidak mudah tunduk kepada tekanan luar. Pada masa sama, Presiden Donald Trump dilihat tidak cenderung untuk memperluaskan konflik yang sedang berlaku.
Tambahnya, walaupun risiko peningkatan ketegangan masih wujud, Amerika Syarikat kini dilihat lebih memilih pendekatan politik dan diplomatik bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing.
Konflik yang tercetus sejak akhir Februari lalu dilaporkan menyebabkan kemusnahan besar terhadap infrastruktur serta memberi kesan ekonomi yang signifikan kepada Iran.
Namun begitu, perkembangan terkini menunjukkan negara itu masih mempunyai keupayaan untuk bertahan dalam jangka panjang walaupun berdepan tekanan hebat di peringkat antarabangsa.
Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L