Penyelia Kilang Disiasat Rasuah, Pekerja Asing Jadi Mangsa

AYER KEROH – Seorang bekas penyelia kilang kini berdepan siasatan SPRM kerana dipercayai mengambil kesempatan ke atas pekerja asing dengan meminta rasuah bagi membenarkan mereka bekerja lebih masa.

Suspek yang berusia lingkungan 40-an dikatakan menerima bayaran bulanan antara RM25 hingga RM200 daripada 31 pekerja asing di bawah seliaannya sejak tahun 2024 hingga 2025.

Selain memperoleh wang secara tunai, suspek juga menggunakan ugutan untuk memaksa pekerja memenuhi tuntutannya.

Penahanan suspek dibuat selepas beliau hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka Khamis lalu dan direman selama enam hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes berikut disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, menurut Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie.

Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *