KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki termasuk seorang Timbalan Pengerusi sebuah NGO kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.
Dua suspek berusia 57 dan 61 tahun itu direman selama empat hari dan turut terlibat dalam siasatan ialah seorang lagi individu yang hadir memberi keterangan secara sukarela.
Perintah reman bermula hari ini hingga 25 April, selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Tangkapan dan operasi dijalankan di sekitar Lembah Klang, manakala prosiding reman berlangsung di Shah Alam.
Kes ini disiasat kerana melibatkan penyelewengan dana zakat dalam jumlah besar yang boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pengurusan zakat.
SPRM menjalankan operasi khas termasuk serbuan dan siasatan terperinci, selain merampas beberapa kenderaan mewah milik suspek sebagai bahan bukti. Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, dan siasatan lanjut sedang diteruskan bagi mengenal pasti dalang utama serta rangkaian yang terlibat.
Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L