Projek Jalan Pintas Muar – Tangkak – Segamat Dijangka Siap Februari 2027

JOHOR BAHRU – Projek pembinaan jalan pintas menghubungkan tiga daerah dalam Johor iaitu Muar, Tangkak dan Segamat bernilai RM183 juta itu mendahului jadual asal pelaksanaan serta dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan, projek telah mencapai kemajuan memberangsangkan dengan mencapai 72.19 peratus setakat Mac 2026.

Menurut beliau, kerja-kerja naik taraf laluan turut menghubungkan Kolej Matrikulasi Tangkak ke Kawasan Perindustrian Tangkak berjalan lancar, tersusun dan aktif tanpa sebarang isu besar yang boleh menjejaskan kemajuan keseluruhan projek.

“Projek ini melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 8.1 kilometer dengan empat lorong dua hala, enam persimpangan berlampu isyarat serta empat jambatan termasuk merentasi Lebuh Raya Utara–Selatan.

“Ia turut dilengkapi dengan kemudahan sokongan seperti sistem perparitan, lampu jalan dan kerja-kerja pengalihan utiliti,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mohamad Fazli berkata kerja-kerja utama termasuk pembinaan struktur jambatan, kerja tanah dan turapan jalan kini dilaksanakan secara serentak bagi memastikan projek terus mengikut jadual yang ditetapkan. — BERNAMA

Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *