IPO Stratus Global lonjak 145 peratus di awal dagangan di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR – Stratus Global Holdings Bhd. mencatat lonjakan 145 peratus pada penyenaraian sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini, apabila saham syarikat itu dibuka pada RM1.96, meningkat RM1.16 berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 80 sen.

Ketua Pegawai Eksekutif Stratus Global, Ryo Narisawa berkata, syarikat kini memberi tumpuan kepada ratusan fasiliti fabrikasi wafer 200 milimeter (200mm) milik syarikat semikonduktor bersaiz sederhana dan peringkat kedua yang masih beroperasi di seluruh dunia.

“Bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, kumpulan telah memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk memperoleh hartanah bersebelahan kampus sedia ada.

“Kerja merobohkan struktur di tapak baharu dijangka bermula awal tahun depan sebelum fasiliti baharu itu mula beroperasi pada awal 2028, manakala sebuah lagi hartanah yang diperoleh syarikat dijangka sedia digunakan menjelang Julai tahun depan,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, pengembangan berkenaan akan menambah antara 170,000 hingga 200,000 kaki persegi ruang operasi, sekali gus hampir menggandakan kapasiti berbanding keluasan sedia ada sebanyak 117,000 kaki persegi.

Selain itu, syarikat merancang melaksanakan sistem operasi dua syif yang dijangka mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran sehingga lima kali ganda.

Mengenai kesan ledakan kecerdasan buatan (AI), Narisawa berkata, Stratus Global tidak membekalkan penyelesaian kepada pengeluar cip AI berprestasi tinggi atau cip memori jalur lebar tinggi (HBM), namun syarikat menerima manfaat secara tidak langsung daripada peningkatan permintaan dalam industri semikonduktor.

Menurutnya, kapasiti penuh pengeluar utama seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) bagi memenuhi permintaan syarikat teknologi global menyebabkan pengeluaran cip lain seperti CPU, MPU dan cip industri beralih kepada pengeluar semikonduktor peringkat kedua yang menjadi pelanggan Stratus Global.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Keadaan itu menyebabkan kebanyakan pelanggan kami kini kembali beroperasi pada kapasiti hampir 100 peratus,” katanya.

Mengenai dasar dividen, beliau berkata, prospektus syarikat menetapkan pembayaran sekurang-kurangnya 20 peratus daripada keuntungan selepas cukai (PAT), namun Stratus Global telah mengagihkan lebih 35 peratus pada tahun lalu.

“Berdasarkan kedudukan tunai yang kukuh, saya menjangkakan kadar pembayaran dividen berpotensi kekal melebihi 30 peratus pada masa hadapan,” katanya.

Mengulas prospek perniagaan, Narisawa berkata, Stratus Global menyasarkan peningkatan buku tempahan antara dua hingga empat kali ganda dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Katanya, walaupun keadaan pasaran ketika ini agak perlahan, syarikat sedang mengadakan perbincangan dengan pelanggan baharu dan sedia ada, termasuk meneroka peluang pengembangan di Sarawak bersama pelanggan yang telah menggunakan sistem syarikat sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, sebahagian besar dana yang diperoleh daripada IPO, termasuk RM122.6 juta, akan digunakan untuk pengembangan fasiliti operasi, manakala RM45 juta diperuntukkan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memperluaskan penyertaan dalam rantaian nilai industri semikonduktor.

Selain itu, RM20 juta diperuntukkan bagi peluasan geografi menerusi penubuhan pejabat jualan dan sokongan kejuruteraan di Jepun, Taiwan, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan kehadiran global syarikat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *