BUTTERWORTH — Seorang inspektor polis didakwa bawah dua pertuduhan rasuah berjumlah RM11,500 di Mahkamah Seksyen berkaitan kes aktiviti perjudian dua tahun lalu mengaku tidak bersalah dan memohon perbicaraan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Tertuduh, Mohd Firdaus Kamal, 39, berkhidmat sebagai inspektor polis dari Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara secara rasuah menerima suapan wang tunai RM5,000 daripada seorang lelaki berusia 55 tahun.
Pesalah laku didakwa melakukan perbuatan tersebut sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 berkaitan urusan hal ehwal prinsipalnya.
Kesalahan dibawa hadapan bekas Pejabat Kuarantin Tumbuhan, Jalan Bagan Luar, Butterworth, kira-kira jam 3.45 petang pada 22 Ogos 2024.
Sehubungan daripada itu, pertuduhan kedua mendapati pesalah didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM6,500 daripada individu sama bagi tujuan sama.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Utara pada 21 Ogos 2024, kira-kira jam 5.30 petang.
Pendakwaan terhadap pesalah laku dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 16(a)(B) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noor Azura Zulkiflee, manakala tertuduh diwakili peguam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.
Semasa prosiding, Noor Azura menetapkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi tertuduh selain menetapkan syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat SPRM sekali pada setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa sehingga perbicaraan selesai.
Bagaimanapun, Khaliq Mehtab memohon jaminan minimum dengan alasan anak guamnya menyara seorang isteri tidak bekerja selain dua anak berusia 8 dan 12 tahun yang masih bersekolah termasuk ibu bapanya yang uzur.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu mematuhi semua syarat tambahan yang ditetapkan pihak pendakwaan.
Kes akan disebut semula pada 12 Jun depan.
Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L