Diplomasi Malaysia Berhasil, Kapal Komersial Lepasi Sekatan Di Selat Hormuz

Olahan Siti Khadijah Manudin

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat perkembangan positif apabila sebuah kapal komersial milik negara yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz kini telah dibenarkan menerus pelayaran ke destinasi akhir dengan selamat.

Kementerian Luar memaklumkan, kejayaan itu dicapai menerusi pendekatan diplomasi aktif dan rundingan berterusan dengan pihak berkaitan, termasuk penglibatan kepimpinan tertinggi negara dalam usaha memastikan kelancaran situasi.

Menurut kementerian itu, Malaysia akan terus memperkukuh peranan dalam menjamin keselamatan laluan maritim strategik serta mempertahankan prinsip kebebasan pelayaran selaras dengan undang-undang antarabangsa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Malaysia turut menekankan kepentingan dialog berterusan dan pendekatan diplomatik dalam menangani cabaran serantau serta memastikan keamanan dan kestabilan.

Sementara itu, Kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan bahawa kapal Malaysia pertama telah berjaya melalui Selat Hormuz, sambil menegaskan hubungan baik antara kedua-dua negara. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *