Empat ditahan kes lelaki parah diserang di Kajang

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki diserang dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan dekat Taman West Country, Kajang awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, laporan polis mengenai mangsa berusia 29 tahun itu dibuat pada jam 2.28 pagi. 

Beliau berkata, mangsa dirawat di Hospital Kajang akibat kecederaan parah dipercayai berpunca daripada serangan menggunakan senjata tajam oleh beberapa individu yang dikenali.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menjalankan gerakan mengesan suspek dan berjaya menahan empat lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an di sekitar Kajang semalam dan awal pagi tadi,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut Naazron, semua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah direman selama empat hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan suspek berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Sharulhasram Ramli di talian 017-2530380 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *