Pemerkasaan Wanita Perlu Didorong Melalui Akses dan Peluang Lebih Luas

Olahan Siti Khadijah Manudin

KUALA LUMPUR — Inisiatif memperkasa wanita perlu diperkasa secara holistik dengan memberi tumpuan kepada akses lebih luas terhadap pembiayaan, kemahiran digital serta peluang memperluas perniagaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah berkenaan amat penting dalam menghadapi cabaran semasa, khususnya ketidaktentuan global yang memberi tekanan kepada kos sara hidup dan ekonomi negara.

Menurut beliau, usaha memperkasakan wanita tidak boleh terhad kepada penyertaan semata-mata, sebaliknya perlu disokong dengan pemberian peluang, sumber dan kuasa membuat keputusan agar mereka mampu bersaing serta memainkan peranan kepimpinan dengan lebih berkesan.

Menurutnya, wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan keluarga, pemerkasaan komuniti serta pertumbuhan ekonomi negara.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa melalui kerjasama dan pendekatan holistik, ekosistem yang lebih inklusif, adil dan mampan dapat diwujudkan bagi memastikan wanita terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *