Larian Malam Satukan Keluarga di Festival STEMT 2026

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,538 peserta mengambil bahagian dalam larian santai ‘Glow in the Dark’ yang dianjurkan sempena Festival Sains, Teknologi, Inovasi dan Matematik Terengganu (Festival STEMT) 2026 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini.

Penganjuran larian pada waktu malam itu turut mendapat sambutan keluarga apabila ibu bapa dan penjaga hadir bersama anak masing-masing sempena cuti persekolahan.

Bagi Nik Azuraida Nik Jusoh, 46, acara berkenaan memberi peluang kepada keluarganya melakukan aktiviti bersama dalam suasana yang berbeza.

“Perasaan teruja itu sudah pasti, apatah lagi ianya satu pengalaman baru buat kami sekeluarga untuk menyertai acara larian seperti ini pada waktu malam. Seharusnya program seperti ini diteruskan pada edisi seterusnya seperti mana diadakan ketika ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jarak dan medal bukan faktor untuk kami ke sini, ianya lebih untuk memberi ruang kepada kami beraktiviti bersama keluarga dalam persekitaran yang selamat,” katanya.

Sementara itu, Tengku Aminuddin Tengku Sulong yang bekerja di sektor swasta di ibu negara berkata, beliau mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena cuti persekolahan untuk menyertai larian itu bersama rakan-rakan.

“Kebetulan saya pulang bercuti ke kampung dan mengetahui program ini, maka saya hadir bersama dengan rakan-rakan. Cukup teruja kerana tidak sangka di kawasan jauh dari bandar ada penganjuran seperti ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, sambutan terhadap acara itu menunjukkan aktiviti berbentuk santai boleh menjadi salah satu pendekatan untuk mendekatkan masyarakat dengan pendidikan STEM.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Walaupun acara larian ini hanya acara sampingan berskala kecil bagi Festival STEMT 2026, maklum balas positif yang diterima khususnya ibu bapa mahupun penjaga yang hadir dengan anak-anak mereka.

“Kami tidak menolak untuk penganjuran yang lebih baik pada edisi seterusnya nanti. Ianya secara tidak langsung menjadi tambah nilai untuk merapatkan jurang pendidikan berkaitan sains yang ada di sini,” katanya.

Festival STEMT 2026 berlangsung selama tiga hari dari 28 hingga 30 Ogos di PSKT dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti berkaitan sains, teknologi, inovasi dan matematik serta penglibatan pemain industri.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *