KOTA BHARU – Empat anggota polis direman lima hari bagi membantu siasatan kes dipercayai menerima rasuah berjumlah kira-kira RM12,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu.
Perintah reman sehingga 11 April itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anggota yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Kelantan.
Sumber memaklumkan, semua suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam operasi berasingan di pejabat masing-masing antara jam 9 pagi hingga 1 tengah hari semalam.
“Siasatan awal mendapati semua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2025.
“Keempat-empat suspek dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik pihak ketiga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L