PETRONAS umum dividen RM32 bilion kepada kerajaan

KUALA LUMPUR – PETRONAS mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM32 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan 2025, selepas ia diluluskan oleh Lembaga Pengarah syarikat itu.

Sepanjang tahun kewangan berkenaan, dividen sebanyak RM320,000 bagi setiap saham biasa, berjumlah keseluruhan RM32 bilion, telah diisytiharkan kepada pemegang saham pada 24 Februari 2025.

Bayaran dividen itu dibuat secara berperingkat antara Mac hingga Disember 2025.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata pihaknya bagi tahun 2026, pihaknya mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM20 bilion kepada kerajaan selaras kemampuan kewangan syarikat serta keperluan pelaburan masa depan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, jumlah dividen itu telah diluluskan dan mengambil kira keperluan PETRONAS untuk mengekalkan keseimbangan antara pembayaran pulangan kepada pemegang saham dan pelaburan semula bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang.

“Penetapan jumlah dividen dibuat berdasarkan kemampuan kewangan syarikat dengan mengambil kira keperluan pelaburan pertumbuhan, pembayaran hutang serta penyediaan penampan kewangan bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan pasaran.

“Pembayaran dividen akan terus ditentukan berdasarkan kemampuan kewangan semasa serta keadaan pasaran yang dihadapi syarikat,” katanya. – Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *