KUALA PILAH – Polis menahan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun selepas didakwa menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhammad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu alat pembuka tin.
“Polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.08 malam berhubung satu pergaduhan di sebuah rumah di kampung berkenaan.
“Mangsa berusia dalam lingkungan 80-an kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih di bawah pemantauan pihak hospital,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek mungkin mempunyai masalah kesihatan mental namun motif kejadian masih dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menerusi talian 06-4842 999. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L