KUALA LUMPUR – Situasi pasca banjir yang melanda Kampung Geudumbak, Lhokseumawe, Aceh, Indonesia amat memilukan apabila ratusan penduduk kehilangan harta benda dan sumber kehidupan dalam sekelip mata akibat arus deras banjir.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, beliau terkejut dan sedih selepas turun sendiri ke kawasan bencana serta mendengar kisah mangsa yang terkesan secara langsung.
“Melihat sendiri keadaan di lapangan dan mendengar rintihan penduduk, jelas menunjukkan betapa besarnya ujian yang mereka hadapi. Banyak keluarga kehilangan segalanya dan kini bergelut untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Dalam usaha membantu mangsa, Islamic Relief Malaysia bersama Islamic Relief Indonesia telah berganding bahu melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di kawasan terjejas.
Antara bantuan yang telah dan sedang disalurkan termasuk penyediaan akses air bersih, dapur umum, bantuan awal kelangsungan hidup, rumah sementara serta sokongan psikososial khusus untuk kanak-kanak.
Menurut beliau lagi, Islamic Relief Malaysia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM150,000 bagi menjayakan Misi Bantuan Aceh ini, bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara berterusan dan menyeluruh.
Selain pengagihan bantuan kecemasan, pasukan misi turut menjalankan penilaian awal bagi mengenal pasti potensi projek pembangunan kehidupan di kawasan sekitar, sebagai usaha membantu komuniti bangkit semula secara mampan selepas bencana.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan dan sedekah boleh berbuat demikian melalui imbasan QR DuitNow untuk Misi Bantuan Aceh, atau secara pindahan dalam talian ke:
Islamic Relief Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 12029010065643
Rujukan: Misi Bantuan Aceh
“Setiap sumbangan amat bermakna dalam meringankan beban saudara-saudara kita di Aceh. Semoga kebaikan Tuan Puan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda,” tambah beliau.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L