NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka peluang kepada individu berkelayakan untuk menyertai pasukan kejurulatihan sebagai Jurulatih Sukan USIM bagi tahun 2026, selari dengan usaha memperkasakan pembangunan sukan dan prestasi atlet universiti.
Menurut kenyataan rasmi USIM, tawaran itu terbuka kepada calon yang memiliki sijil dalam bidang sukan serta pengalaman sebagai jurulatih atau dalam bidang berkaitan, khususnya bagi sukan-sukan yang disenaraikan.
Inisiatif ini bertujuan melahirkan atlet USIM yang berdaya saing dan berprestasi tinggi, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malah antarabangsa.
USIM mengalu-alukan penyertaan jurulatih yang bersemangat dan komited untuk menyumbang kepakaran dalam membentuk pasukan yang mantap serta berdisiplin, seiring aspirasi universiti memacu kecemerlangan sukan.
Cara permohonan, calon berminat perlu mengisi borang permohonan yang disediakan dan mengemukakan resume lengkap sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat Lanjut:
Encik Asri — 019-358 0828 | asri@usim.edu.my
Encik Mazilan — 019-288 6136 | mazilan@usim.edu.my
USIM turut mengajak komuniti sukan untuk bersama-sama menyokong dan memperkukuh agenda kecemerlangan sukan universiti menjelang musim 2026.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L