NEW YORK – Sebuah potret ikonik karya pelukis terkenal Austria, Gustav Klimt, mencipta sejarah apabila terjual pada harga AS$236.4 juta (RM981 juta) dalam satu lelongan anjuran Sotheby’s, menjadikannya karya seni kedua termahal yang pernah dijual secara terbuka.
Lukisan berjudul Portrait of Elisabeth Lederer, yang dihasilkan antara 1914 hingga 1916, menggambarkan anak perempuan kepada salah seorang penaung utama Klimt dalam persalinan tradisional China dengan latar belakang permaidani biru bermotif Asia.
Karya setinggi enam kaki itu menarik persaingan sengit antara enam pembida selama kira-kira 20 minit sebelum berpindah milik kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya.
Selain memegang gelaran karya seni moden termahal yang pernah dijual di pasaran terbuka, rekod keseluruhan masih dipegang oleh Salvator Mundi yang dikaitkan dengan Leonardo da Vinci, dijual pada harga AS$450 juta (RM1.87 bilion) pada 2017.
Potret Klimt itu turut membawa sejarah dramatik, selain pernah dirampas oleh Nazi semasa Perang Dunia Kedua dan hampir musnah dalam satu kebakaran, sebelum akhirnya dikembalikan kepada keluarga Lederer pada 1948.
Kejayaan lelongan berprofil tinggi ini turut menandakan kebangkitan semula pasaran seni global, dengan Sotheby’s merekodkan jumlah jualan satu malam tertinggi sebanyak AS$706 juta di ibu pejabat baharunya di New York.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
