267 penumpang, anak kapal diselamatkan selepas feri Korea Selatan terkandas

MOKPO – Seramai 267 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan selepas feri penumpang Queen Jenuvia II terkandas berhampiran pulau berbatu di pesisir barat daya Korea Selatan, menurut Pengawal Pantai Korea.

Feri seberat 26,546 tan itu dalam perjalanan dari Pulau Jeju ke bandar pelabuhan Mokpo apabila ia melanggar kawasan berbatu berhampiran Pulau Jangsan di daerah Sinan, kira-kira 366 kilometer dari Seoul, pada jam 8.17 malam waktu tempatan.

Separuh daripada badan kapal dilaporkan terdampar di pulau kecil tidak berpenghuni bernama Jok.

Operasi menyelamat dijalankan segera dengan semua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dalam tempoh beberapa jam.

Seramai 27 orang mengalami kecederaan ringan, namun tiada kematian dilaporkan.

Pihak berkuasa menyatakan kemungkinan kesilapan pengemudian menjadi punca insiden, dan siasatan penuh sedang dijalankan.

Kejadian ini mengimbau kembali tragedi feri Sewol pada tahun 2014 yang meragut lebih 300 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah.

Majoriti penumpang telah dibawa ke Mokpo untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut, manakala anak kapal dijangka kekal di atas feri buat sementara waktu bagi membantu siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *