SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditembak dalam satu insiden di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, lewat malam Rabu.
Menurut orang awam yang ditemui di lokasi, mangsa difahamkan sedang menikmati makanan di restoran itu sebelum kawasan tersebut didatangi dua kenderaan.
Mangsa kemudian dilihat berlari menyeberang jalan, disusuli bunyi beberapa das tembakan sebelum dia rebah di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.23 malam.
“Anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki yang memaklumkan berlaku kes tembakan di sebuah restoran di lokasi berkenaan.
“Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya.
Polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
