Sekurang-kurangnya 37 maut dalam kemalangan jalan raya di selatan Peru

LIMA – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Rabu apabila sebuah bas antara wilayah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Wilayah Arequipa, selatan Peru, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Radio Programas del Peru melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Pan-Amerika Selatan selepas bas berkenaan bertembung dengan sebuah lori sebelum terjunam ke dalam gaung.

Pasukan bomba, polis dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang cedera dan membawa mereka ke hospital berhampiran.

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung nahas itu. – BERNAMA-XINHUA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *