PRU16: KJ dakwa ada unjuran ramal Ahmad Zahid jadi PM ke-11

KJ, Usah Bertindak Melulu – Pesan Pengundi Tegar UMNO

Oleh: Rokaid Chik

KLANG – Sesungguhnya masa depan dan bintang Khairy Jamaluddin (KJ) hanya bersama UMNO, luah seorang ahli dan pengundi tegar parti itu, Yusof Majid, 60, ketika ditemui di kawasan perumahan Cannary Garden di sini.

Katanya, langkah Khairy yang dikatakan berhasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membuka laluan untuk kembali ke kabinet kerajaan Madani dianggap sebagai tergesa-gesa dan tidak bijak.

Malah, kata beliau, ia boleh menggelapkan masa depan politik Khairy yang sebelum ini dilihat antara pemimpin muda paling berpotensi dalam UMNO.

“Kalau betul dia nak masuk PKR, itu langkah yang memburukkan lagi karier politiknya. Rakyat sudah muak dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan parti itu.

“Kalau KJ ikut serta, dia akan tenggelam bersama imej negatif yang dibawa oleh PKR sekarang,” katanya.

Yusof berkata, penyertaan Khairy dalam PKR, walaupun bersifat sementara, hanya akan memberi kesan jangka panjang terhadap reputasinya.

“Ada yang meramalkan politik KJ akan terkubur. Dia akan hilang terus dari radar politik negara,” ujarnya.

Menurutnya, PKR kini berdepan persepsi buruk rakyat dan mungkin ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-26 (PRU26) kelak.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar KJ mempertimbangkan untuk bergerak sementara di bawah ‘payung besar’ bersama MUDA yang dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebelum kembali semula ke pangkuan UMNO apabila tiba masanya.

“Lebih baik beliau bersama parti MUDA buat sementara. Lepas itu, kembali ke UMNO untuk bantu kukuhkan semula parti,” katanya dengan nada tegas.

Yusof menegaskan, Khairy masih mempunyai pengaruh besar dalam kalangan akar umbi UMNO dan dianggap sebagai antara generasi pemimpin pelapis yang mampu memulihkan imej parti itu.

“Orang UMNO masih sayang KJ. Tapi kalau dia buat keputusan salah sekarang, habislah peluang dia. Dia kena sabar, bukan bertindak ikut emosi,” tambah beliau.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *