790 atlet Melaka disenarai dalam persiapan awal SUKMA 2026

MELAKA – Seramai 790 atlet didaftarkan dalam senarai awal kontinjen Melaka bagi persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor tahun depan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk V.P. Shanmugam berkata, pendaftaran awal itu bertujuan memastikan atlet berbakat kelahiran Melaka diberikan peluang dan sokongan penuh untuk mewakili negeri sendiri.

“Nama-nama atlet yang didaftarkan dalam senarai panjang ini memberi kelebihan kepada Melaka untuk menilai potensi mereka dan memilih yang terbaik dalam senarai pendek kelak.

“Jika mereka tidak disenaraikan, ada kemungkinan mereka akan mewakili negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka ke-39 di sini pada Isnin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Shanmugam berkata, setakat ini Melaka aktif mengadakan pelbagai pertandingan dan sesi latihan bagi mencungkil bakat baharu serta menilai prestasi atlet sedia ada dalam 37 jenis sukan yang bakal dipertandingkan.

Kata beliau, Majlis Sukan Negeri turut menempatkan jurulatih sepenuh masa, separuh masa dan sambilan bagi memperkukuh persiapan pasukan.

Katanya, Melaka menyasarkan untuk membaiki pencapaian terdahulu iaitu 17 pingat emas, 23 perak dan 30 gangsa pada SUKMA Sarawak 2024.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM1.4 juta untuk penyelenggaraan dan baik pulih fasiliti sukan di seluruh negeri, dengan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima RM50,000.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Fasiliti seperti gelanggang futsal dan sepak takraw sedia ada kebanyakannya dibina pada 2009 dan usaha baik pulih ini penting agar kemudahan yang digunakan kekal selamat serta dalam keadaan baik,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *