Pesawat F/A-18D Hornet TUDM terhempas

SHAH ALAM – Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbakar dan terhempas ketika cubaan berlepas di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.05 malam itu, pesawat dilihat meluncur di landasan dengan jejak api di belakangnya sebelum meletup menjadi bola api.

Namun, kedua-dua kru iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang sempat melakukan eject dan terselamat.

Saksi mengatakan bunyi peledakan didengari dari jarak sekurang-kurangnya satu kilometer, manakala api dan asap tebal terlihat sebaik sahaja pesawat meletup.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kedua kru segera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk diperiksa secara perubatan.

TUDM telah mengesahkan kejadian dan menyatakan sedang mengambil tindakan segera serta akan mengemaskini perkembangan dari semasa ke semasa.

Dalam kenyataan rasmi, TUDM menyatakan kejadian berlaku sekitar jam 9.05 malam dan sedang dalam proses tindakan segera serta siasatan lanjut.

TUDM juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat tidak sahih berkaitan insiden.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, polis dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan menjalankan siasatan menyeluruh.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *