USIM Perkukuh Tadbir Urus Keselamatan Melalui Penubuhan Panel Syariah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (DSE)

Oleh Zakaria Kasa

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh tadbir urus keselamatan dan penguatkuasaan universiti menerusi penubuhan Panel Syariah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (DSE) yang berperanan memberikan pandangan dan nasihat berkaitan aspek syariah dalam pengurusan isu keselamatan dan penguatkuasaan.

Penubuhan panel berkenaan dilihat sebagai satu langkah penting memperluas pendekatan keselamatan universiti, khususnya dalam menghadapi cabaran semasa semakin kompleks dan turut melibatkan aspek sosial, akidah, ideologi, penyebaran maklumat, media sosial, salah laku serta keharmonian warga kampus.

Sehubungan itu, pendekatan keselamatan dan penguatkuasaan tidak lagi hanya tertumpu kepada aspek peraturan dan tindakan penguatkuasaan, sebaliknya perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengambil kira nilai, etika, pencegahan dan kemaslahatan warga universiti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Penubuhan Panel Syariah DSE ini menjadikan USIM sebagai universiti awam pertama menubuhkannya secara khusus di bawah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan, sekali gus mencerminkan pendekatan USIM dalam mengintegrasikan aspek keselamatan, penguatkuasaan dan nilai syariah dalam pengurusan keselamatan universiti.

Majlis Serahan Surat Lantikan Panel Syariah DSE berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Aras 2, Bangunan Canselori USIM, hari ini dan dipengerusikan Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani.

Turut hadir, Pendaftar, Dato’ Muhammad Haizuan Rozali dan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan, Mohd Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin.

Panel Syariah DSE dianggotai empat ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing iaitu Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Dr. Abdullah Jalil; Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Profesor Madya Dr. Mohamad Zaharuddin Zakaria; Ketua Program, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Profesor Madya Dr. Mohd Nasir Abdul Majid; serta Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Ahmad Naaja’ Mokhtar.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Panel ini akan memberikan pandangan dan nasihat kepada jabatan dalam perkara yang dirujuk berkaitan syariah, termasuk aspek penilaian, pencegahan, pemantauan dan intervensi, selain membantu penambahbaikan garis panduan serta pendekatan berkaitan keselamatan dan penguatkuasaan.

Kewujudan Panel Syariah ini juga membolehkan sesuatu isu dinilai bukan hanya dari sudut penguatkuasaan, tetapi turut mengambil kira hikmah, keadilan, kemaslahatan dan pencegahan dalam menentukan pendekatan bersesuaian.

Pendekatan tersebut penting bagi memastikan setiap tindakan universiti mempunyai asas peraturan dan undang-undang yang jelas, di samping mencerminkan nilai Islam seperti adil, amanah, berhemah, bertanggungjawab dan menjaga maruah manusia.

Penubuhan panel berkenaan turut selaras dengan kedudukan USIM sebagai sebuah universiti Islam berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli, selain memperkukuh usaha universiti dalam memastikan aspek keselamatan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan berteraskan nilai.

Melalui penubuhan Panel Syariah DSE, USIM berharap fungsi keselamatan dan penguatkuasaan dapat diperkasa dengan pendekatan lebih holistik dalam menangani isu-isu semasa, seterusnya membantu memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian seluruh warga universiti terus terpelihara.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *