Kehilangan Ayah tidak patahkan semangat Rozhatul Akmal teruskan pengajian

KEPONG – Kehilangan ayah pada April 2025 tidak mematahkan semangat Rozhatul Akmal Abu Bakar untuk meneruskan pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bakal mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) itu menerima sokongan menerusi Program Ziarah Kasih USIM sebagai persediaan untuk pendaftaran sesi akademik sarjana muda 2026/2027 pada 14 September 2026 ini.

Rozhatul Akmal yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dibesarkan oleh ibunya yang kini menjadi ibu tunggal, manakala adiknya sedang mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi.

Bagi membantu persediaan awal pengajiannya, Yayasan Perkasa Siswa (YPS) menyampaikan Bantuan Awal Pengajian Tinggi berjumlah RM1,000, manakala Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM500.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ziarah ke kediamannya di Kepong, Kuala Lumpur itu diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Dr. Mushaddad Hasbullah, sebagai sebahagian daripada usaha universiti memastikan kebajikan bakal mahasiswa diberi perhatian sebelum mereka memulakan pengajian.

Prof. Dr. Mushaddad berkata, kehilangan insan tersayang bukan alasan untuk seseorang menghentikan perjuangan menuntut ilmu, sebaliknya pengalaman itu boleh dijadikan kekuatan untuk terus melangkah.

“Ayah mungkin sudah tiada di sisi, tetapi semangat, nasihat dan segala yang telah ditinggalkan akan sentiasa hidup dalam diri, jadi jadikanlah itu sebagai kekuatan untuk terus belajar dan mencapai cita-cita,” katanya.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada Rozhatul Akmal supaya memanfaatkan peluang melanjutkan pengajian di USIM sebagai satu amanah kepada diri dan keluarga, selain menjadikan kejayaan yang bakal dicapai sebagai hadiah buat ibu serta kenangan terbaik buat arwah ayah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Teruskan belajar bersungguh-sungguh kerana setiap langkah hari ini adalah untuk masa depan, dan kejayaan nanti bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga,” katanya.

Program Ziarah Kasih menjadi antara pendekatan USIM dalam mengenal pasti keperluan bakal mahasiswa yang berdepan cabaran kehidupan serta menyediakan sokongan awal agar mereka dapat memulakan pengajian dengan lebih yakin.

USIM akan terus memperkukuh jaringan bantuan melalui kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kekangan kewangan dan cabaran keluarga tidak menjadi penghalang kepada mahasiswa untuk mendapatkan pendidikan tinggi serta merealisasikan cita-cita mereka.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *