Citrawarna Speed Festival 2026 gabung elemen budaya, sukan permotoran

KUALA LUMPUR – Tourism Malaysia bakal memanfaatkan daya tarikan sukan permotoran dan kepelbagaian budaya negara menerusi Citrawarna Speed Festival 2026 bagi menarik lebih ramai pelawat antarabangsa serta merancakkan aktiviti ekonomi pelancongan.

Festival yang berlangsung dari 23 September hingga 4 Oktober ini menggabungkan elemen kebudayaan Malaysia dengan keterujaan dunia sukan permotoran sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

Acara itu akan diadakan di beberapa lokasi terpilih, termasuk IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama.

Penganjuran festival berkenaan menampilkan dua komponen utama, iaitu Colours of Speed dan Colours of Art & Culture, selain pelbagai aktiviti sampingan di semua lokasi terbabit.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menerusi Colours of Speed, pengunjung berpeluang menerokai pelbagai pameran yang diinspirasikan daripada dunia sukan permotoran serta menyertai pengalaman interaktif, termasuk pameran koleksi memorabilia perlumbaan dan barangan bertandatangan serta kereta super ikonik.

Turut menjadi tarikan ialah pertandingan simulator perlumbaan di IOI City Mall Putrajaya yang memberi peluang kepada orang ramai menguji kemahiran pemanduan dan bersaing dalam peringkat kelayakan bagi merebut tempat ke peringkat akhir serta memenangi hadiah disediakan.

Pada masa sama, festival itu mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia menerusi Colours of Art & Culture yang menampilkan persembahan kebudayaan, muzik dan tarian, selain pameran kraf tangan serta aktiviti interaktif.

Kemuncak program kebudayaan ialah Colours of Parade yang menghimpunkan seramai 1,500 penari dan penggiat seni budaya daripada pelbagai wilayah dan komuniti di seluruh Malaysia menerusi persembahan muzik tradisional, tarian dan peragaan busana berwarna-warni.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tourism Malaysia berkata, penganjuran Citrawarna Speed Festival 2026 bertujuan memanfaatkan daya tarikan sukan permotoran sebagai platform untuk menarik lebih ramai pelawat, khususnya dari pasaran antarabangsa, di samping memperkenalkan pengalaman budaya Malaysia yang unik dan kaya kepada pengunjung.

Ia berkata, usaha itu selari dengan prestasi positif sektor pelancongan negara apabila Malaysia merekodkan 21.1 juta ketibaan pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, meningkat 2.5 peratus berbanding 20.6 juta ketibaan dalam tempoh sama tahun lalu.

Penganjuran acara berasaskan pengalaman seperti Citrawarna Speed Festival diharap dapat terus memperkukuh daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan gabungan sukan, hiburan dan kepelbagaian budaya, selain merancakkan aktiviti pelancongan serta membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

Citrawarna Speed Festival 2026 disokong oleh rakan strategik termasuk Yes Travel & Holidays Sdn Bhd, IOI Properties, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya, Kraftangan Malaysia, Hotel Sama-Sama, Malaysia Airports Holdings Bhd, SNS Network, SDeal Malaysia Sim Racing & Motorsport serta HP.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *