Penuntut dikelar bekas teman lelaki: 12 dirakam keterangan, mangsa stabil

KUALA LUMPUR: Seramai 12 individu dirakam keterangan berhubung kes penuntut wanita warga asing dikelar bekas teman lelakinya di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata mereka yang dirakam keterangan terdiri daripada kakitangan universiti, saksi di tempat kejadian serta rakan mangsa.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Mangsa yang kini sedang dalam rawatan rapi di hospital dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mangsa berusia 20-an dikelar di leher dengan pisau oleh bekas teman lelakinya, di kawasan kampus.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.30 petang, sebelum suspek, lelaki warga asing berusia 21 tahun, ditahan sejurus selepas insiden berkenaan

Wan Azlan semalam memaklumkan suspek direman empat hari bagi siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, sehingga 18 Julai ini.

Beliau dilaporkan berkata motif kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati selepas bekas teman wanitanya didakwa menipu bahawa dia dihalang keluar dari rumah.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *