Pemegang saham Leon Fuat lulus semua resolusi dan dividen

Margin lebih kukuh pacu lonjakan untung Leon Fuat

SHAH ALAM – Leon Fuat Bhd. mencatat lonjakan keuntungan selepas cukai (PAT) 236.5 peratus kepada RM18.06 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 (TK2026), apabila peningkatan margin kasar menjadi pemacu utama prestasi kumpulan.

Hasil suku kedua meningkat 9.5 peratus kepada RM250.62 juta daripada RM228.84 juta setahun sebelumnya, disokong sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti perdagangan dan pemprosesan produk keluli.

Keuntungan kasar melonjak 71.3 peratus kepada RM41.30 juta daripada RM24.11 juta, manakala margin keuntungan kasar berkembang kira-kira enam mata peratusan kepada 16.5 peratus daripada 10.5 peratus.

Peningkatan margin itu, bersama hasil yang lebih tinggi, membantu keuntungan sebelum cukai (PBT) melonjak 218.2 peratus kepada RM21.15 juta daripada RM6.65 juta, manakala pendapatan sesaham meningkat kepada 5.30 sen daripada 1.57 sen.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Segmen perdagangan mencatat hasil RM93.90 juta, meningkat 17.7 peratus tahun ke tahun, manakala segmen pemprosesan menjana RM156.55 juta, naik 5 peratus.

Kedua-dua segmen berkenaan terus menyumbang kira-kira 99.9 peratus daripada hasil suku tahunan kumpulan.

Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi Shang How berkata, keputusan suku kedua TK2026 mencerminkan peningkatan keuntungan yang bermakna, disokong aktiviti jualan yang lebih kukuh dan peningkatan ketara dalam margin keuntungan kasar.

Shang How berkata, prestasi itu menunjukkan leveraj pendapatan daripada model perdagangan bersepadu dan pemprosesan nilai tambah apabila jumlah jualan dan margin bertambah baik.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Secara suku ke suku, hasil meningkat 16.7 peratus, keuntungan kasar naik 71.4 peratus, PBT melonjak 283.6 peratus dan PAT meningkat 346.2 peratus. Margin keuntungan kasar turut berkembang kepada 16.5 peratus daripada 11.2 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi enam bulan pertama TK2026, hasil meningkat 5.5 peratus kepada RM465.46 juta, manakala keuntungan kasar melonjak 49.8 peratus kepada RM65.39 juta. PBT meningkat 213.1 peratus kepada RM26.67 juta dan PAT naik 226.7 peratus kepada RM22.11 juta.

Margin keuntungan kasar bagi separuh pertama TK2026 turut meningkat kepada 14 peratus daripada 9.9 peratus setahun sebelumnya, menunjukkan pengembangan margin bukan hanya berlaku pada suku kedua.

Shang How berkata, kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan inventori yang berdisiplin, penetapan harga adaptif dan kecekapan operasi. “Kami akan terus memperkukuh penglibatan pelanggan dan memanfaatkan keupayaan pemprosesan serta pembuatan hiliran kami untuk menangkap peluang nilai tambah,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Leon Fuat kekal optimis secara berhati-hati terhadap baki TK2026, sambil memantau pergerakan harga keluli, trend pertukaran asing dan parameter perniagaan lain. Kumpulan juga akan mengekalkan pengurusan inventori berhemat serta meningkatkan keupayaan dan kecekapan operasi.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *