Bekas PM Thailand Thaksin dibicarakan atas kes hina institusi diraja

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dijangka memberikan keterangan di mahkamah hari ini bagi membela dirinya dalam perbicaraan tertutup berhubung tuduhan menghina institusi diraja.

Thaksin, 75, berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan di bawah undang-undang lese majeste Thailand yang melarang sebarang kritikan terhadap institusi diraja.

Menurut penganalisis, situasi bertambah buruk apabila ditambah penggantungan tugas anak perempuannya yang juga Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, dua minggu lalu, yang disifatkan sebagai kemerosotan besar dalam kekuasaan politik keluarga itu.

Kes pendakwaan tertumpu kepada kenyataan Thaksin dalam satu temu bual bersama media Korea Selatan kira-kira 10 tahun lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Thaksin dijangka memberi keterangan sekurang-kurangnya selama tiga hari, manakala keputusan perbicaraan dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi.

Beliau kembali ke Thailand pada Ogos 2023 selepas 15 tahun hidup dalam buangan susulan rampasan kuasa tentera yang menggulingkannya daripada jawatan Perdana Menteri.

Thaksin pulang pada hari sama partinya, Pheu Thai, membentuk kerajaan baharu menerusi gabungan bersama bekas seteru konservatif, sekali gus mencetuskan spekulasi wujudnya perjanjian sulit politik.

Susulan itu, Thaksin dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, namun dikurangkan kepada setahun selepas menerima pengampunan daripada Raja Maha Vajiralongkorn yang turut dilihat sebagai tanda pendamaian politik.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bagaimanapun, penganalisis politik, Yuttaporn Issarachai, berkata masih wujud pihak dalam kalangan pemerintah elit yang melihat beliau sebagai ancaman kepada masyarakat Thailand.

Dalam beberapa temu bual baru-baru ini, Thaksin menegaskan kesetiaannya kepada institusi diraja dan menyatakan penghargaan atas pengampunan yang diterima.

Menurut peguam Thaksin yang ditemui pada hari pertama perbicaraan 1 Julai lalu, anak guamnya kelihatan tenang meskipun berdepan pertuduhan serius.

Pada hari sama, Paetongtarn digantung tugas oleh Mahkamah Perlembagaan sementara siasatan dijalankan berhubung satu panggilan diplomatik yang bocor, membincangkan insiden pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *