Gempa bumi 3.4 magnitud gegar Temenggor, Gerik

KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 melanda kawasan Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12.06 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, dengan pusat gempa dikesan pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa berkenaan terletak kira-kira sembilan kilometer di timur laut Hulu Perak.

Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan sekitar Gerik.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan susulan kejadian berkenaan.

MetMalaysia turut memaklumkan tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi itu.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat mengenai kesan gegaran di kawasan terbabit.

MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perkembangan lanjut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *