Lee Seo-yi meninggal dunia

SEOUL – Industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan pemergian pelakon Lee Seo-yi, 43, yang disahkan meninggal dunia oleh pengurusnya, semalam.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran media sosial milik mendiang sebagai kata-kata penghormatan terakhir buatnya.

“Seorang yang sentiasa berseri, cantik, baik hati dan menyenangkan kini menjadi bintang di langit pada 20 Jun 2025,” kata makluman itu.

Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan, lapor agensi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebagaimana ramai kamu terkejut dan bersedih dengan berita mengejut ini, kami mohon doa semua agar pemergiannya tenang ke negeri abadi,” tambah pengurusnya.

Berita itu mengejutkan ramai terutama peminat kerana pelakon terbabit dilihat sangat aktif di media sosial.

Beberapa rakan pelakon dan teman industri turut menzahirkan rasa sedih serta mesej-mesej mengenangkannya.

Lee mulakan karier lakonan pada 2013 menerusi drama Hur Jun, The Original Story. Dia kemudian membintangi drama Cheongdamdong Scandal serta filem The King dan Killing Romance.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kemunculan terbarunya adalah menerusi drama popular The Divorce Insurance yang habis tayangannya Mei lalu. – HM Online

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *