Terperangkap dalam titik terendah kehidupan' - isteri Along Cham

‘Salahkah pertemukan anak dan ibu?’ – Afreena

KUALA LUMPUR: Isteri pelawak, Along Cham, Afreena Suhaimi tidak berniat untuk menyerahkan anak tirinya, Ahmad Daniel kepada ibunya yang juga bekas isteri Along, Zila Seeron.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Afreena menegaskan bahawa dia hanya mempertemukan anak dan ibu yang sudah lapan tahun tidak berjumpa dan ingin mengubat kerinduan mereka.

“Saya pun tanya soalan yang sama, salahkah (pertemukan anak dan ibu)? Itu pun seorang ibu yang sudah lapan tahun tidak berjumpa dengan anaknya. Boleh dikatakan seperti dipisahkan juga, bukan? Mestilah ibu itu rindu akan anaknya.

“Sebelum ini, kamu semua tertanya-tanya apa itu taklik, bukan? Ha, inilah dia. Dan perkara ini keluar daripada mulut dia, bukan saya!

“Dan niat saya bukanlah untuk menyerahkan anaknya kepada ibunya, kerana ibunya sendiri yang beritahu saya bahawa dia tidak mahu berebut hak penjagaan anak atas alasan tidak mahu anak itu mengalami tekanan emosi,” tulisnya, dipetik Berita Harian.

Tambah Afreena, Zila bagaimanapun tidak berniat untuk mengambil anaknya untuk tinggal bersamanya kerana ingin anaknya tinggal bersama Along.

“Malah, ibunya siap berkata, ‘Tak apalah, biarlah anak aku dengan papa dia’. Ibunya hanya mahu tahu mengenai perkembangan anaknya, itu sahaja.

“Jadi, kepada yang mengatakan saya tak mahu jaga anak tiri, saya bukan kejam seperti itu. Tolong berhenti putar belit cerita, ya,” katanya.

Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, membentangkan bukti-bukti di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, semalam, membabitkan tindakan Afreena yang menjadi punca kepada lafaz taklik antaranya berhubung dengan bekas isterinya walaupun sudah dilarang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *