Arab Saudi tetapkan 29 April sebagai tarikh akhir kepulangan jemaah umrah

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan 13 April sebagai tarikh akhir kemasukan jemaah umrah ke negara itu, manakala 29 April pula sebagai tarikh akhir untuk mereka meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim haji yang akan datang.

Kementerian itu menegaskan, mana-mana individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian turut menyeru orang ramai serta syarikat dan institusi yang menguruskan jemaah umrah untuk mematuhi segala peraturan berkaitan.

Pihak kementerian menegaskan, sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kesalahan dan kegagalan sesebuah syarikat melaporkan kelewatan kepulangan jemaah boleh mengakibatkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi, selain tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *