Sekawan 157 ikan lumba-lumba terdampar di pantai terpencil Australia

Sekawan 157 ikan lumba-lumba terdampar di pantai terpencil Australia

19/02/2025:

SYDNEY – Sekawan 157 ikan lumba-lumba ditemui terdampar pada Rabu di sebuah pantai terpencil di pulau selatan Australia, Tasmania, kata pegawai alam sekitar, ketika pasukan veterinar bergegas ke lokasi.

Jabatan Alam Sekitar Tasmania memaklumkan bahawa 21 ikan lumba-lumba yang terdampar telah mati, manakala 136 lagi masih hidup setakat pagi Rabu.

Mereka dipercayai daripada spesies ikan lumba-lumba bersaiz besar yang dikenali sebagai ‘false killer whale’, dinamakan demikian kerana bentuk tengkoraknya yang menyerupai paus orca, menurut pegawai berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Haiwan-haiwan itu terdampar di sebuah pantai berhampiran muara Sungai Arthur di pantai barat Tasmania, kawasan yang jarang dihuni dan terkenal dengan pantainya yang sering dilanda angin kencang.

“Tindak balas terhadap kejadian terdampar di kawasan ini adalah rumit disebabkan lokasi yang sukar diakses, keadaan lautan serta cabaran membawa peralatan khas ke kawasan terpencil,” menurut kenyataan jabatan itu.

Sebuah pasukan penyelamat hidupan liar dan pakar veterinar telah dihantar bagi menilai keadaan ikan lumba-lumba tersebut.

‘False killer whale’ boleh membesar sehingga enam meter panjang dan dikenali sebagai spesies yang sangat sosial, sering berkumpul dalam kumpulan lebih 50 ekor.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut Muzium Australia, spesies ini sering terlibat dalam kejadian terdampar secara besar-besaran yang boleh menyebabkan kematian ratusan haiwan dalam satu kejadian. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *