19/02/2025:
KUALA LUMPUR – Penyanyi Jaclyn Victor, 47, kesal apabila dirinya menjadi mangsa berita palsu yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam keadaan ‘tidak manis’.
Jaclyn menerusi hantaran dimuatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya nyata kecewa dengan apa yang berlaku dan bakal membuat laporan polis bagi melindungi hak dan maruah dirinya yang dipersendakan.
“Mereka ini betul-betul buat saya marah. Cukup-cukuplah. Nak cakap lebih-lebih tak guna, nanti kita juga yang jadi orang tak baik.
“Saya akan pergi ke balai polis sebab perkara ini sudah tidak terkawal. Kenapa saya bogel?,” katanya dalam kapsyen ditulis.
Difahamkan, foto Jaclyn yang disunting menunjukkan dia kononnya ditangkap dengan tangan digari dalam keadaan ‘tidak manis’ apabila turut diiringi polis.
Foto yang disunting itu bagaimanapun dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti penipuan atau ‘phishing’ dalam talian.
Terdahulu, wajah Jaclyn disunting untuk satu berita palsu yang disebarkan di laman Facebook.
Bukan hanya suntingan pada foto sahaja, namun nama Jaclyn juga ditulis pada tajuk berita berkenaan yang berlatar belakang seperti keluar dari mahkamah.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001